Assalamu'alaikum..

Terima kasih kerana terus menyokong blog HijabForMuslimah ^__^

Kami menawarkan rangkaian tudung bidang 50 dan 60 serta produk-produk muslimah buat pelanggan kami yang sentiasa tercari-cari fesyen Islamik terkini yang menepati syarak, insyaAllah

Sokongan anda amatlah kami hargai.

"Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasan (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya)..." [Surah An-Nur:31]

"Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, "Hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.” Yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali (pembeza muslim dan bukan muslim), sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang." [Surah Al-Ahzab:59]

Hijab For Muslimah

Hijab For Muslimah
Proud to be a Muslimah!

Status Tudung

Available : Ready stock. Kalau order insyaAllah dapat.. =)
Booked
: Dah dibooked (Pelanggan diberi masa 3 hari utk buat bayaran). Tak boleh order.
Sold
: NOT available (Tiada stok)

Thursday, November 25, 2010

Informasi tentang kain bawal

[KLIK SINI] Kongsikan Maklumat Ini Dengan Rakan di Facebook

Tujuan utama bertudung ialah untuk menutup aurat sebagai memenuhi tuntutan agama bagi seorang muslim. Disamping itu juga aspek keselesaan pemakaian tudung juga dititik beratkan. Tudung yang dipakai tidak boleh jarang kerana tidak memenuhi syarat bertudung mengikut agama islam. Walaubagaimanapun dalam cuaca kita di Malaysia yang panas ini, sukar untuk mencari kain yang sesuai, nipis tetapi tidak jarang.

Oleh kerana kain bawal memenuhi ciri-ciri ini , ia mula menjadi pilihan utama untuk dijadikan tudung dalam pelbagai corak dan rekabentuk. Bawal juga dikenali sebagai voile dalam bahasa inggeris boleh di bahagikan kepada 3 jenis iaitu:

1. Bawal No 1 (dikenali juga dengan nama bawal akhbar). Kain jenis ini juga dipanggil japanese voile. Ia merupakan jenis kain yang baling cantik. Ia akan cantik terletak bila digayakan sebagai tudung. Ia tidak perlu diseterika selalu kerana selepas diseterika ia akan kekal terbentuk walaupun direnyukkan. Ini merupakan kain bawal gred A dan harga paling mahal berbanding dengan kain bawal lain. Kain bawal ini juga tahan lasak dan akan tetap terjaga elok walaupun dipakai bertahun-tahun. Basuhan mesin juga tidak akan mencacatkan kehalusan tekstur kain ini. Walaubagaimanapun tudung bawal dari kain ini perlu diberikan penjagaan khusus kerana sulaman dan tampan kristal yang menghiasnya. Ia cuma boleh dibasuh dengan basuhan tangan dan tidak boleh diberus untuk menjaga batu dan sulamannya agar tetap cantik.

2. Kain bawal gred kedua ialah bawal No 2 atau korean voile. Bawal ini tetap selesa dipakai. Teksturnya juga hampir menyamai Bawal no 1, cuma susunan benangnya lebih rapat. Jadi ia kelihatan lebih tebal sedikit dari bawal No 1. Bawal jenis ini juga banyak disulam untuk dijadikan tudung. Harganya murah sedikit berbanding dengan bawal no 1.

3. Bawal cina atau chinese voile. Bawal jenis ini merupakan yang paling murah. Ia lebih sesuai digunakan sebagai tudung harian. Sulaman ringkas cukup untuk menghiasi tudung daripada kain bawal jenis ini kerana ia tidak tahan lama. Selalunya selepas kerap dicuci, tekstur kain ini akan berubah dan ia akan kelihatan seperti berkerutu di permukaannya. Teksturnya akan rosak dan ia mula tidak selesa dipakai.

Walau apa pun pemilihan fabrik yang digunakan sebagai tudung, apa yang paling utama ia memenuhi tuntutan bertudung itu sendiri mengikut ajaran islam dan Al-Quran.


kredit : melur.com

Top Choice Tudung

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...