Assalamu'alaikum..

Terima kasih kerana terus menyokong blog HijabForMuslimah ^__^

Kami menawarkan rangkaian tudung bidang 50 dan 60 serta produk-produk muslimah buat pelanggan kami yang sentiasa tercari-cari fesyen Islamik terkini yang menepati syarak, insyaAllah

Sokongan anda amatlah kami hargai.

"Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasan (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya)..." [Surah An-Nur:31]

"Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, "Hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.” Yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali (pembeza muslim dan bukan muslim), sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang." [Surah Al-Ahzab:59]

Hijab For Muslimah

Hijab For Muslimah
Proud to be a Muslimah!

Status Tudung

Available : Ready stock. Kalau order insyaAllah dapat.. =)
Booked
: Dah dibooked (Pelanggan diberi masa 3 hari utk buat bayaran). Tak boleh order.
Sold
: NOT available (Tiada stok)

Policy

[KLIK SINI] Kongsikan Maklumat Ini Dengan Rakan di Facebook

Polisi Pembelian

1. Pembelian hanya diterima melalui blog [HijabForMuslimah], facebook [FB Pages], borang pesanan [Order Form], dan email [hijabformuslimah@yahoo.com].
2. Harga yang dipaparkan tidak termasuk kos penghantaran kecuali dinyatakan pada keterangan item tersebut.
3. Berdasarkan "First Come First Serve"
4. Pelanggan mesti menjelaskan bayaran penuh dalam masa 48jam atau pesanan akan dibatalkan secara automatik.
5. Segala pembayaran yang telah dibuat mestilah disertakan dengan bukti dan mesti dimaklumkan kepada kami dengan kadar segera.
6. Untuk pembelian menggunakan Paypal, caj servis sebanyak 5% akan dikenakan.
7. Tiada urusan "Cash On Delivery" dijalankan.


Polisi Item Jualan / Produk

1. Warna dan corak pada gambar produk mungkin berbeza sedikit dari produk sebenar disebabkan faktor fotografi dan faktor skrin paparan komputer.
2. Kami akan cuba yang terbaik untuk memberikan keterangan produk.
3. Kami berhak melakukan perubahan produk atau keterangan produk tanpa notis awal.


Polisi Jualan Borong

1. Pembelian borong tudung HijabForMuslimah adalah secara fleksibel. Harga tudung HijabForMuslimah bergantung sepenuhnya kepada kuantiti yang dibeli. Semakin banyak kuantiti yang dibeli, semakin murah harga tudung.
2. Pembelian minimum untuk mendapatkan harga borong adalah 1 kodi (20 helai). Pelanggan dibenarkan memilih corak/warna yang dikehendaki daripada produk-produk yang masih terdapat dalam simpanan (subject to availability ONLY)
3. Pelanggan menanggung sepenuhnya kos penghantaran sepertimana yang dikenakan oleh Pos Malaysia.
4. Untuk mendapatkan harga borong, sila hantarkan email kepada kami di hijabformuslimah@yahoo.com.


Polisi Penghantaran

1. Penghantaran dilakukan pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat setiap minggu atau kebiasaannya dalam masa 3 hari selepas pembayaran disahkan oleh pihak kami dan tertakluk kepada perubahan.
2. Penghantaran dilakukan menggunakan Pos Laju.[rujuk sini untuk kos penghantaran] Jika pelanggan memilih utk penghantaran dilakukan selain daripada PosLaju, pelanggan diminta memberitahu pihak kami terlebih dahulu untuk mengelakkan sebarang kekeliruan.
3. Produk telah dipastikan dalam keadaan terbaik sebelum penghantaran dilakukan.
4. Kami tidak menanggung segala kelewatan atau kerosakan atau kehilangan yang berlaku semasa penghantaran oleh pihak Pos Malaysia.


Polisi Pemulangan

1. Produk yang telah dijual adalah muktamad dan tidak boleh dikembalikan atau dituntut untuk pengembalian wang.
2. Jika berlaku kesilapan produk, pemulangan mesti dilakukan dalam tempoh 4 hari. Jika produk tidak diterima kembali selepas 4 hari, urusan akan ditamatkan serta-merta.
3. Jika pelanggan ingin menukar produk yang telah diterima dengan produk lain, pelanggan haruslah memberitahu sebab-sebab yang munasabah.
4. Segala kos penghantaran adalah ditanggung oleh pelanggan berkenaan.


PENTING : URUSAN JUAL BELI HANYA UNTUK PELANGGAN YANG SERIUS SAHAJA.
Sebarang perubahan terma dan syarat ini boleh dilakukan tanpa sebarang notis awal dan mengikut budi bicara pengendali laman web ini.


"SEMOGA ALLAH MEREDHAI URUSAN JUAL BELI KITA. INSYAALLAH"

Top Choice Tudung

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...